ANTARA arak yang dirampas. FOTO Ihsan PPMW5)
ANTARA arak yang dirampas. FOTO Ihsan PPMW5)
Erika George


Kuching: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Kuching merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM292,142 di sebuah premis di Bandar Serian di sini, 12.15 tengah hari semalam.

Menurut Jurucakap PPMW5 kuching, hasil maklumat maklumat dan risikan, Unit Risikan Marin PPMW5 dengan bantuan Polis Diraja Malaysia menjalankan serbuan ke atas premis terbabit.

"Pasukan PPMW5 menjumpai minuman keras dan rokok pelbagai jenama di dalam premis," ujarnya.

Katanya, hasil siasatan yang dijalankan mendapati penjaga premis gagal mengemukakan sebarang dokumen rasmi berkaitan pemilikan minuman keras dan rokok berkenaan.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati minuman keras dan rokok terbabit tidak bercukai kastam.

Kesemua barangan yang dirampas bersama-sama penjaga premis kemudiannya ditahan bagi siasatan lanjut.

Kes ini katanya akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 January 2022 @ 8:13 AM