GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Johor Bahru: Mangsa banjir di Segamat kekal 37 orang daripada lapan keluarga setakat 8 pagi ini susulan masih ada kawasan yang belum surut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata, hanya satu pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Sekolah Agama Gemereh yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Kebangsaan Gemereh, di sini.

Setakat pagi ini, cuaca di Mersing dilaporkan mendung manakala cuaca di sembilan daerah lain adalah cerah.

Sementara itu, hanya Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat mencatatkan aras waspada iaitu 16.3 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 January 2022 @ 10:13 AM