Saarani ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Kit Kebun Kita (Jabatan Pertanian) di Dewan Azumu, Halaman Meru Impian, di sini, hari ini. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
Saarani ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Kit Kebun Kita (Jabatan Pertanian) di Dewan Azumu, Halaman Meru Impian, di sini, hari ini. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: 'Ini macam gambar 'recycle' (kitar semula)," demikian reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung muatnaik hantaran di Facebook (FB) baru-baru ini mengenai pembalakan berlesen yang berlaku di Kompartmen17 Hutan Simpan Kledang Saiong, Kuala Kangsar.

Saarani berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mahupun aduan mengenai aktiviti pembalakan yang dimaksudkan namun sedia merujuk kepada Pengarah Perhutanan Negeri bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.

"Ini gambar lama rasanya, gambar yang kembali dikitar semula. (Apapun) kita akan periksa mengenai isu ini kepada Jabatan Hutan (Jabatan Perhutanan Negeri Perak- JPNPk) sebelum siasatan dijalankan.

"Kalau benar memang berlaku sekarang, kita siasat. Pelakunya boleh didakwa dan dihukum dengan berat kerana mencuri kayu balak dan tiada lesen (sekarang)," katanya pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Kit Kebun Kita (Jabatan Pertanian) menerusi Program MESRA 2.0 di Dewan Azumu, Halaman Meru Impian, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar di Facebook mengenai pembalakan berlesen yang dikatakan kembali berlaku di Hutan Simpan Kledang Saiong, Kuala Kangsar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 11:38 PM