MAYAT mangsa ditemukan pagi tadi. FOTO ihsan bomba
MAYAT mangsa ditemukan pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Hazsyah Abdul Rahman


Beluran: Mayat kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai di ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Balaban Jaya, ditemukan pagi tadi.

Mayat Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil, 4, ditemukan jam 9.50 pagi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, mayat ditemukan satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

"Mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke bilik mayat Hospital Beluran untuk tindakan lanjut.

"Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas ketika mandi di sungai berkenaan kelmarin.

Susulan itu, SAR diaktifkan termasuk menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM Sabah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 12:48 PM