DATUK Omar Osman
DATUK Omar Osman
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kerajaan digesa meneliti semula isu kebajikan membabitkan pesara dalam usaha memastikan mereka dapat menikmati kemudahan sewajarnya.

Presiden Presiden Kelab Pesara Kerajaan 1 Malaysia (Kupekmas) Datuk Omar Osman berkata, antara lain ia membabitkan kenaikan pencen, kemudahan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan bayaran khas.

Menurutnya, terdapat ura-ura bahawa kenaikan pencen dua peratus yang sebelum ini sudah dipersetujui oleh kerajaan dibatalkan.

"Kami difahamkan ia dihapuskan tanpa sebarang rundingan dengan pesara ketika kerajaan pun mewujudkan Majlis Perundingan Pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya.

"Isu berkaitan kadar pencen sebelum ini tidak dibincangkan dengan persatuan pesara dan kami sendiri," katanya.

Beliau berkata, dalam Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Tertinggi (AMJKT) Kupekmas yang berlangsung hari ini, antara perkara dibangkitkan adalah Bayaran Khas kepada pesara tidak termasuk mereka di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Mengapa mereka tidak tersenarai sedangkan mereka juga adalah pesara kerajaan.

"Kerajaan diminta untuk menyemak semula perkara ini kerana pesara sudah berkhidmat kepada negara dan ia akan diteruskan generasi penjawat awam akan datang," katanya.

Selain itu turut dibincangkan adalah kemudahan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kepada pesara kini perlu dirujuk terlebih dulu dari hospital kerajaan.

Katanya, sebelum ini pesara diberi kemudahan untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan di IJN tanpa perlu dirujuk hospital biasa.

"Jadi kita suarakan ini demi kepentingan pesara. Kita harap pihak berwajib prihatin dengan masalah ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 11:17 PM