IDRIS (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mike di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu hari ini. FOTO Ihsan Facebook Darul Quran.
IDRIS (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mike di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu hari ini. FOTO Ihsan Facebook Darul Quran.
Samadi Ahmad


Putrajaya: "Saya merasa gementar apabila disuruh membaca secara hafazan surah An-Naba kerana baru pertama kali berjumpa namun berjaya melakukannya," kata Tan Mike Foong yang bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad hari ini.

Mike, 25, adalah seorang orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan yang berjaya khatam hafazan 30 juzuk al-Quran dan juga pelajar semester akhir Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat Darul Quran (DQ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Kubu Bharu.

Menurutnya, dalam pertemuan santai selama satu jam itu bermula jam 2 petang itu, dia turut ditemani ibunya, Ang Bee Cheng, 50

"Beliau meminta saya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di DQ dan mengingatkan supaya terus istiqamah membaca al-Quran.

"Beliau turut memberi sokongan dan menyarankan saya meneruskan inisiatif mengadakan kelas qiraat dan baca al-Quran secara dalam talian yang diadakan sekarang."

"Insya-Allah nasihat beliau itu akan saya ikuti dan terima kasih atas sumbangan sejumlah wang tunai dan barangan makanan untuk kegunaan keluarga," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 10:57 PM