FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil inisiatif membuka kaunter perkhidmatan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di semua pejabat cawangan LHDN, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat LHDN dan Pusat Transformasi Bandar di seluruh negara pada hujung minggu.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu untuk memudahkan urusan rakyat mendaftar bantuan tersebut terutamanya bagi pemohon yang tidak mempunyai kemudahan Internet.

"(Ia dibuka) pada 7, 8, 28 dan 29 Jan 2022 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala pada 8, 9, 29 dan 30 Jan 2022 bagi negeri-negeri lain," katanya pada sidang media Lawatan Menteri Kewangan ke Kaunter BKM di Jalan Duta di sini hari ini.

Kesemua premis LHDN beroperasi bermula 8 pagi hingga 4.30 petang bagi Semenanjung Malaysia manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula dari 8 pagi hingga 3.30 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 January 2022 @ 1:36 PM