MAJLIS angkat sumpah barisan Kabinet baharu Sarawak diadakan secara maya. FOTO Bernama
MAJLIS angkat sumpah barisan Kabinet baharu Sarawak diadakan secara maya. FOTO Bernama
MAJLIS angkat sumpah barisan Kabinet baharu Sarawak diadakan secara maya. FOTO Bernama
MAJLIS angkat sumpah barisan Kabinet baharu Sarawak diadakan secara maya. FOTO Bernama
Mohd Roji Kawi


Kuching: Jemaah Menteri Kabinet Sarawak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, malam tadi.

Majlis Mengangkat Sumpah dan Pengurniaan Watikah Pelantikan jawatan itu dijalankan secara maya dengan Abdul Taib menyempurnakan dari kediamannya di Demak Jaya manakala ahli kabinet berada di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendahului senarai 10 Menteri dan 26 Menteri Muda yang mengangkat sumpah jawatan pada majlis berkenaan yang disaksikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.

Ia diikuti Timbalan Ketua Menteri II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Majlis kemudian diteruskan dengan tujuh lagi menteri iaitu Datuk Seri Fatimah Abdullah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Seri Lee Kim Shin, Datuk John Sikie Tayai, Datuk Julaihi Narawi dan Datuk Roland Sagah Wee Inn mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Selesai 10 menteri terbabit, 26 menteri muda pula mengangkat sumpah didahului oleh Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Dr Jerip Susil dan Datuk Liwan Lagang.

Ia disusuli oleh Datuk Rosey Yunus, Datuk Len Talif Saleh, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Annuar Rapaee, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Datuk Dr Penguang Manggil, Datuk Snowdan Lawan, Datuk Abdullah Saidol, Datuk Sebastian Ting, Datuk Gerawat Gala, Dr Hazland Abang Hipni, Datuk Juanda Jaya, Aidel Lariwoo, Datuk Henry Harry Jinep, Dr Ripin Lamat, Mohamad Razi Sitam, Martin Ben, Datuk Majang Renggi, Jefferson Jamit Unyat, Datuk Gerald Rentap Jabu dan Micheal Tiang Ming Tee.

Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sejurus Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 76 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) pada malam 18 Disember lalu.

Pada 30 Disember lalu, beliau mengumumkan barisan kabinet baharu Sarawak yang terdiri daripada 10 menteri dan 26 menteri muda dengan 12 daripadanya adalah muka baharu.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 12:04 PM