Penampilan sulung lakonan Chang Yong dalam filem tempatan My Dream My Wish - FOTO tonton CINEMA
Penampilan sulung lakonan Chang Yong dalam filem tempatan My Dream My Wish - FOTO tonton CINEMA
Nur Amirah Abd Rani

BERSEMPENA Tahun Baru Cina, Pengarah "Shuttle Life" yang menerima pelbagai pencalonan anugerah, Tan Seng Kiat kembali dengan kisah menyentuh hati yang bakal menyerikan tahun baru anda. 

Filem bertemakan kekeluargaan ini mengisahkan seorang graduan muda menganggur yang bertemu dengan arwah bapanya melalui mimpi.

Melalui bimbingan bapanya, Chang Yong belajar tentang tanggungjawab dan erti kehidupan serta menjadi berani menghadapi cabaran meskipun berdepan pandemik. 

Untuk mengubah nasib hidup, Chang Yong mesti memenuhi hasrat terakhir bapanya iaitu menghabiskan resipi roti Dreams Come True yang tidak lengkap.

Dibintangi oleh YouTuber dan pencipta kandungan popular Malaysia Chang Yong, peminat Chang Yong kini dapat menyaksikan penampilan sulung lakonannya dalam filem tempatan bertajuk My Dream My Wish

Selain Chang Yong, filem ini turut menampilkan pelakon berpengalaman Angela Chan yang pernah popular dalam adegan TV tempatan, Tiger Mom. 

Orang ramai boleh menonton "My Dream My Wish" di tonton CINEMA pada harga RM12.90 sahaja. 

Layari cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton di Google Play atau App Store sekarang untuk menonton filem ini!

Image

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 11:41 AM