Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
BERNAMA

Beluran: Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lalu di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari sini, ditemukan maut di kawasan pokok bakau di Kuala Penubukan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda dalam kenyataan malam ini memaklumkan mayat Rajis Nawang, 28, yang merupakan seorang nelayan, ditemukan pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Beliau berkata mangsa dilaporkan hilang oleh bapanya ketika memasang pukat kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mayatnya ditemukan.

Lelaki yang masih hilang dikenali sebagai Kaerul, 26, seorang pekerja ladang yang dipercayai dihanyutkan air deras ketika cuba menyeberang jalan di Kampung Kinadaan.

Kasim berkata ketika kejadian, paras air di kawasan itu dipercayai mencecah 1.5 meter.

Katanya usaha mencari mangsa masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 10:53 PM