Kampung Mawai Baru dan Kampung Bukit Raja Darat, di Bayu Damai, dinaiki air akibat banjir kilat di kawasan penempatan. FOTO IHSAN POLIS JOHOR
Kampung Mawai Baru dan Kampung Bukit Raja Darat, di Bayu Damai, dinaiki air akibat banjir kilat di kawasan penempatan. FOTO IHSAN POLIS JOHOR
Nurul Amanina Suhaini


Kota Tinggi: Seramai 104 mangsa membabitkan 33 keluarga di Kampung Mawai Baru dan Kampung Bukit Raja Darat, Bayu Damai di sini, ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir petang ini.

Mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia dan Sekolah Kebangsaan Mawai.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, seramai 14 individu di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) turut dipindahkan dan diasingkan.

Katanya, satu kejadian runtuhan tebing setinggi 105 meter turut dilaporkan di kawasan taman perumahan Bukit Pelali, Pengerang di sini.

"Kejadian jam 1 petang itu bagaimanapun ia tidak membabitkan kerosakan harta benda dan kecederaan kepada penduduk setempat.

"Kejadian sama pernah berlaku pada 11 Januari tahun lalu dan syarikat pemaju sudah menjalankan tindakan susulan.

"Penduduk dinasihatkan mengikut arahan pasukan penyelamat sekiranya diminta berpindah ke PPS, selain sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hussin berkata, jalan Kota Tinggi-Mersing (Lembaga Getah Malaysia (LGM); Sungai Mupur 2; selain Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); Sungai Ara Yatamacity; Jalan Tanjung Sedili (Kampung Selangi); Jalan Mawai Lama (Rumah Burung) dan Jalan Perani (Ladang FIMA) boleh dilalui semua kenderaan.

"Manakala, Jalan Lok Heng (Sungai Semalok) hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja," katanya.

#kw banjir, PPS, tebing, runtuh, Kota Tinggi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 6:46 PM