GAMBAR Hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim
GAMBAR Hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim
Nur Izzati Mohamad


Georgetown: Pulau Pinang merekodkan dua kes jangkitan baharu Covid-19 membabitkan varian Omicron.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia adalah kes import yang dikesan melalui dua individu yang pulang dari Arab Saudi selepas menunaikan umrah.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

"Pesakit dijangkiti varian itu selepas kembali dari menunaikan umrah dan kedua-dua mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi.

"Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat," katanya di sini, hari ini.

Chow menyeru warga Pulau Pinang supaya mengambil suntikan dos penggalak dan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa bagi mengelak dijangkiti Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 3:04 PM