Ayob Khan dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman.
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, antara tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 25 Januari ini.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Ruslan Khalid dalam kenyataan, hari ini, berkata, Ayob Khan akan bertukar sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Beliau berkata, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat pula akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua Polis Johor.

"Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Deputi Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad akan bertukar sebagai Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Komisioner Polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Disember 2021 @ 8:05 PM