Pasukan keselamatan dalam operasi menyelamat mangsa banjir. FOTO Facebook PM

Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan sepanjang bertugas melaksanakan operasi bantuan banjir.

Ismail Sabri berkata, ketika mereka bertarung nyawa menyelamatkan mangsa, ada sebahagian anggota keselamatan turut kehilangan rumah dan harta-benda, malah tidak tahu ke mana ahli keluarga mereka dipindahkan akibat bencana.

Pasukan keselamatan dalam operasi menyelamat mangsa banjir. FOTO Facebook PM
Pasukan keselamatan dalam operasi menyelamat mangsa banjir. FOTO Facebook PM

"Mereka sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan diri demi keselamatan negara dan Keluarga Malaysia.

"Terima kasih frontliners, terima kasih semua!," katanya dalam kenyataan di Facebooknya, malam ini.

Pasukan keselamatan dalam operasi menyelamat mangsa banjir. FOTO Facebook PM
Pasukan keselamatan dalam operasi menyelamat mangsa banjir. FOTO Facebook PM

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 8:39 PM