KEADAAN tanah runtuh di jalan Genting Peras-Kuala Klawang. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
KEADAAN tanah runtuh di jalan Genting Peras-Kuala Klawang. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Genting Peras-Kuala Klawang di sini, pagi hari ini hingga menyebabkan laluan kedua arah terhalang.

Kejadian itu berlaku berhampiran sempadan dengan daerah Hulu Langat, Selangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu Mohd Fazzil Mohd Yunus berkata, kejadian dipercayai berlaku pagi hari ini berdasarkan keadaan kesan runtuhan.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati banyak runtuhan berlaku di sepanjang laluan berkenaan.

Terdapat lebih 20 runtuhan dengan ada runtuhan boleh dikategori sebagai sangat teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 1:18 PM