Tengku Zafrul.
Tengku Zafrul.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kerajaan menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM200 juta sebagai usaha menangani impak banjir dan pengaktifan rangkaian bencana Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kementerian Kewangan (MOF) akan menyegerakan penyaluran RM50 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) untuk memastikan kelangsungan bantuan kepada isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.

Katanya, kerajaan juga akan meningkatkan kadar Bantuan Wang Ihsan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap isi rumah yang terjejas akibat banjir disebabkan Monsun Timur Laut atau terkesan daripada apa-apa bencana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 5:41 PM