Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun peti undi yang tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.52 Dudong di Perpustakaan Awam Sibu Jaya semalam.
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun peti undi yang tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.52 Dudong di Perpustakaan Awam Sibu Jaya semalam.
BERNAMA

Kuching: Seramai 759,627 orang atau 60.67 peratus daripada pemilih berdaftar keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan hari ini berkata ia meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

SPR pada awalnya menjangka 70 peratus orang keluar mengundi, namun dalam sidang media semalam, Abdul Ghani berkata faktor cuaca yang tidak menentu berikutan hujan lebat adalah antara sebab utama peratusan itu berkurangan daripada jangkaan awal.

Semalam 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran dibuka untuk pengundian pada PRN12 yang bermula dari 7.30 pagi hingga 5 petang.

Pada pilihan raya negeri yang menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 76 kerusi manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua kerusi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 2:44 PM