PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak bekerja keras bagi memastikan keselesaan pengundi yang hadir dalam cuaca hujan sebelum masuk ke dewan mengundi ketika tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa di Sibu. FOTO Bernama

M Hifzuddin Ikhsan

Kuching: Cuaca mendung pada sebelah pagi membolehkan pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) keluar beramai-ramai bagi mengundi di 1,866 pusat saluran mengundi.

Tinjauan sekitar pusat mengundi di bandar raya ini mendapati pengundi mula beratur seawal 7.15 pagi lagi, sebelum pusat mengundi dibuka pada 7.30 pagi.

Sebaik pusat mengundi dibuka, pengundi mula masuk bagi menunaikan tanggung jawab bagi mengelak kesesakan.

Bagaimanapun, cuaca diramal hujan pada sebelah petang dengan seramai 1,252,014 pengundi berdaftar digalak keluar lebih awal.

Sementara itu, di Sibu, hujan tidak menghalang pengundi berkumpul di pusat mengundi sekitar bandar ini seawal 7 pagi lagi.

Setakat ini, proses pengundian berjalan lancar dengan petugas keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat membantu pengundi mengikut saluran masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 10:07 AM