ANGGOTA bomba membantu membawa remaja lelaki yang ditemukan pengsan di tebing sungai sebelum disahkan meninggal dunia. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membantu membawa remaja lelaki yang ditemukan pengsan di tebing sungai sebelum disahkan meninggal dunia. FOTO Ihsan Bomba
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Bomba mengambil masa hampir dua jam untuk membantu membawa keluar remaja lelaki yang ditemukan tidak sedarkan di tebing sungai berhampiran Kampung Orang Asli Buloh Telor, Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun, mangsa, Muhamad Hafizan Irfan, 18, disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan seorang lelaki yang pengsan di tebing sungai, pada pada 6.07 petang.

Beliau berkata, sebuah jentera bomba membabitkan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi sebelum tiba lima minit kemudian.

"Jarak dari BBP Kuala Kubu Bharu ke lokasi hanya lima kilometer (km), namun pasukan perlu masuk ke dalam hutan hingga ke tebing sungai.

"Komander operasi bersama anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati seorang mangsa tidak sedarkan diri di tebing sungai itu.

"Pasukan bertugas itu membawa keluar mangsa yang kemudian disahkan sudah meninggal dunia," katanya sambil menjelaskan operasi itu tamat jam 8.10 malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Disember 2021 @ 10:15 PM