Al-Sultan Abdullah (kanan) berkenan menerima menghadap Ismail Sabri untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara. FOTO Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah (kanan) berkenan menerima menghadap Ismail Sabri untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara. FOTO Facebook Istana Negara
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama sejam bermula 8 pagi.

"Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan," menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik, tiga keping gambar menunjukkan Ismail Sabri mengadakan perbincangan bersama Seri Paduka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Disember 2021 @ 10:28 AM