LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Amir Mamat


Melaka: Polis negeri menggerakkan Tim Pantas bagi membantu pasukan Polis Kontinjen Johor mengesan seorang lelaki dikenali sebagai `Long Tiger' yang meloloskan diri dari tahanan, hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pasukan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri itu turut membuat risikan pantas sekiranya terdapat maklumat penjenayah itu merentas masuk ke negeri ini.

"Kita memang dapat maklumat bahawa ada tahanan (dikenali) Long Tiger itu melarikan diri dan di Melaka, saya sudah menggerakkan Tim Cantas daripada JSJ untuk kita buat kawalan dan risikan jika penjenayah itu masuk ke negeri ini.

"Kita akan tingkatkan risikan dan pencegahan di sempadan negeri," katanya selepas menghadiri Program Kami Prihatin anjuran Polis Kontinjen Melaka dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Taman Seri Duyong, di sini hari ini.

Terdahulu, polis giat memburu seorang lelaki warga Myanmar yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, pagi hari ini.

Lelaki terbabit, Abd Hamim Ab Hamid berusia 33 tahun juga dikenali sebagai 'Long Tiger'.

Berita berkaitan:

  • Long Tiger lolos lokap
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 7:29 PM