Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Dua daripada empat individu yang dipercayai mempersenda orang kurang upaya (OKU) menerusi video yang tersebar di media sosial selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mereka sebelum itu tampil pada 1 tengah hari, manakala dua lagi individu masih memberi keterangan yang bermula 3 petang.

"Mereka dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai memberi keterangan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beh berkata, sebelum itu semua individu terbabit berjaya dikesan oleh pegawai penyiasat susulan laporan dan video tular.

Katanya, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi arahan selanjutnya.

Berita berkaitan

Persenda OKU: Empat individu beri keterangan petang ini

Sudah maafkan, tapi laporan polis perlu dibuat - Ras Adiba [METROTV]

Dua pemuda salah guna parkir OKU diminta mohon maaf

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 4:16 PM