AFFENDI ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 50/2021 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
AFFENDI ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 50/2021 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membendung pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu berjaya membantu negara mengurangkan ancaman.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata, pada masa yang sama, warga ATM turut berperang secara konvensional atau 'peperangan hibrid' yang bukan sahaja menyerang kerajaan bahkan keupayaan ketenteraan.

"Selain itu, peperangan siber juga akan mendominasi faktor yang sekaligus mampu mengubah ciri dan sifat konflik itu sendiri.

"Walaupun terdapat cabaran sedemikian, namun saya yakin dengan pengetahuan, pendedahan serta rangkaian yang diperoleh setiap graduan dalam Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM), kita sudah bersedia untuk menghadapi ujian sedemikian," katanya dalam ucapan sempena Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma KPSM Siri 50/2021, di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) di sini, tadi.

Mengenai majlis berkenaan, Affendi berkata seramai 163 graduan berjaya menamatkan kursus mereka yang berlangsung sejak 4 Januari tahun lalu.

Graduan berkenan membabitkan pegawai tentera yang terpilih daripada Tentera Darat (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM).

Kursus berkenaan turut disertai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) serta pegawai tentera dari luar negara.

Dalam pada itu, Affendi berkata majlis berkenaan turut bermakna kerana ia diadakan sempena Jubli Emas 50 tahun penubuhan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Disember 2021 @ 6:23 PM