Rumah di Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah, di sini, terbakar, menyebabkan seorang lelaki cedera ketika cuba menyelamatkan diri. FOTO IHSAN BOMBA
Rumah di Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah, di sini, terbakar, menyebabkan seorang lelaki cedera ketika cuba menyelamatkan diri. FOTO IHSAN BOMBA
Noor Hidayah Tanzizi


Pasir Salak: Lelaki melecur di belakang badan dalam kebakaran yang turut mengakibatkan tiga motosikal musnah di Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah, di sini, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah, Tajul Arif Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.23 pagi sebelum anggota dan jentera dengan bantuan BBP Teluk Intan dihantar ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan rumah mangsa musnah 85 peratus, manakala tiga motosikal pula terbakar 90 peratus dan dua kereta dianggarkan terbakar lima peratus.

"Kita dimaklumkan oleh jiran mangsa, lelaki itu cedera di belakang badan dan dihantar ke hospital. Difahamkan, mangsa tinggal bersama adiknya dan ketika kejadian hanya dia saja di rumah," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 12:26 PM