POLIS menahan seorang wanita berusia 28 tahun yang memandu secara berbahaya dalam kawasan perumahan di Taman Indah, di sini, pagi semalam. FOTO viral
POLIS menahan seorang wanita berusia 28 tahun yang memandu secara berbahaya dalam kawasan perumahan di Taman Indah, di sini, pagi semalam. FOTO viral
Ahmad Hasbi


Tampin: Tertekan emosi akibat masalah keluarga menjadi punca seorang wanita memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya di kawasan perumahan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di kawasan perumahan Taman Indah di sini, pagi kelmarin, tular di aplikasi WhatsApp.

Penduduk yang menyaksikan kejadian itu kira-kira jam 11 pagi itu turut menghubungi pihak polis bagi mengambil tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin Deputi Superintendan Amiruddien Sariman berkata, pihaknya mendapat maklumat dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin memaklumkan penduduk meminta bantuan menghentikan sebuah kereta yang dipandu secara melulu.

"Sepasukan polis segera ke lokasi kejadian dan berjaya mengesan kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 28 tahun berlegar-legar di kawasan taman perumahan berkenaan.

"Usaha untuk mendapatkan kerjasama wanita itu supaya berhenti memandu mengambil masa kira-kira lima minit. Wanita itu kemudian dibawa ke Balai Polis Tampin untuk siasatan lanjut," katanya.

Amiruddien berkata, hasil siasatan, pihaknya mendapati wanita itu berdepan masalah keluarga dan dipercayai mengalami tekanan menyebabkan dia memandu dalam keadaan melulu tanpa mempedulikan bahaya kepada orang awam.

CAPTION: TAMPIN 6 DISEMBER 2021.Polis menahan seorang wanita berusia 28 tahun yang memandu secara berbahaya dalam kawasan perumahan di Taman Indah, di sini, pagi kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 5:10 PM