GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Johor Bahru: Seramai 25 penduduk di Kampung Sungai Kluang Laut ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) dekat Batu Pahat, malam tadi susulan banjir kilat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan berkata PPS Pulapem dibuka pada 9 malam tadi selepas beberapa rumah dinaiki air.

"Air pasang besar melebihi tiga meter yang melimpah di Kampung Sungai Kluang Laut telah menyebabkan banjir kilat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa yang dipindahkan membabitkan enam lelaki, tujuh wanita, tiga kanak-kanak perempuan, tiga kanak-kanak lelaki, dua bayi lelaki serta empat warga emas.

Cuaca ketika ini cerah dan baik namun pemantauan oleh pihak terlibat akan diteruskan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 11:07 AM