SUASANA di pusat pencalonan bagi DUN Tanjong Datu. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
SUASANA di pusat pencalonan bagi DUN Tanjong Datu. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuching: Empat calon mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Neger (DUN) Tanjong Datu pada hari pencalonan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, setakat 9.40 pagi, hari ini.

Calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Azizul Annuar Adenan bakal dicabar calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Jeryin Pauzi, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Goem Piyar dan calon Parti Bebas Abdul Talip Ba'ew.

Seorang lagi calon Bebas iaitu Ali Seman Ibrahim yang hadir pada 8.45 pagi tadi memaklumkan beliau menarik diri daripada bertanding berikutan kurang keyakinan kerana terlalu ramai calon berpotensi.

Ketika ini, proses penelitian sedang dijalankan dan Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi kerusi DUN Tanjong Datu, Gustian Durani dijangka mengumumkan senarai rasmi calon bertanding pada 10 pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 10:01 AM