ANGGOTA polis dan bomba mengangkat mayat kanak-kanak yang sudah reput di Sungai Kampung Desa Makmur di sini, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA polis dan bomba mengangkat mayat kanak-kanak yang sudah reput di Sungai Kampung Desa Makmur di sini, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Omar Ahmad.


Johor Bahru: Mayat kanak-kanak yang sudah mereput ditemui di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerin Putih Majidee, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shamsul Khomari Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.43 pagi daripada polis meminta bantuan mengangkat mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun.

Katanya, mayat ditemui kira-kira 1.5 meter dari tebing sungai terbabit.

"Kami tidak dapat mengenalpasti sama ada mayat kanak-kanak terbabit ialah warga negara atau bukan. Malah jantina juga tidak dapat dikenal pasti kerana sudah mereput.

"Terdapat kesan mayat dimakan biawak malah belakang tengkorak pecah.

"Difahamkan, mayat ditemui orang awam yang menyatakan terdapat bau sangat busuk di lokasi terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shamsol Khomari berkata, setakat minggu ini pihaknya tiada menerima laporan kanak-kanak hilang atau lemas di sungai.

"Bomba menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Disember 2021 @ 4:41 PM