Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Operasi hari kedua di kawasan tanah runtuh di Seksyen 27 FT 185 Kilometer 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, di sini, hari ini tidak menemukan kenderaan atau mangsa lain yang tertimbus dalam runtuhan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, pengesanan kali pertama yang dijalankan oleh unit anjing pengesan (K9) setakat ini tidak menemukan sebarang petunjuk terdapat mangsa lain.

"Pengesanan pertama yang dibuat oleh unit K9 pada jam 1.30 tengah hari, maklum balas adalah negatif.

"Sekarang kita masih lagi menunggu kerja-kerja pengorekan di kawasan kejadian tanah runtuh sebelum kita gerakkan pengesanan kali kedua unit K9," katanya pada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Muhamad Shahrizal berkata, pihaknya memohon untuk membuat korekan yang lebih dalam sebelum unit K9 digerakkan membuat pengesanan kali kedua.

"Setakat ini, pengorekan sudah dibuat pada kedalaman lebih kurang tiga meter, sekarang kita menunggu pengorekan yang lebih dalam sedikit untuk membuat pengesanan kali kedua.

MOHAMAD Hamdan Wahid memeriksa barisan sempena Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2023 di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. FOTO Eizairi Shamsudin.
MOHAMAD Hamdan Wahid memeriksa barisan sempena Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2023 di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. FOTO Eizairi Shamsudin.

"Sekiranya kali kedua ini masih lagi dengan keputusan negatif, kemungkinan operasi akan ditamatkan hari ini," katanya.

Terdahulu, media melaporkan hanya dua kenderaan disahkan terbabit dalam insiden tanah runtuh di Seksyen 27, KM39 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) yang dilaporkan berlaku tengah hari semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 6:05 PM