DARI kiri, Kaliamah, Sivanathan, Thiaga Rajan dan Tamiselvan dikehendaki untuk menjadi saksi kes. FOTO Ihsan Polis
DARI kiri, Kaliamah, Sivanathan, Thiaga Rajan dan Tamiselvan dikehendaki untuk menjadi saksi kes. FOTO Ihsan Polis
Nurul Amanina Suhaini


Johor Bahru: Polis mencari empat individu untuk menjadi saksi perbicaraan kes membabitkan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat di Mahkamah Sesyen Jenayah (2) di sini, pada 12 Disember depan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, saksi berkenaan diperlukan bagi perbicaraan kes mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

"Perbicaraan kes itu memerlukan empat individu berkenaan hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah (2) Johor Bahru, 8.30 pagi sebagai saksi.

"Saksi iaitu tiga lelaki dikenali sebagai S Thiaga Rajan, 37, S Sivanathan, 33, dan K Tamiselvan, 60, manakala saksi wanita pula dikenali sebagai M Kaliamah, 55," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Superintendan Muhammad Afdhal Mat Saupi di talian 013-7711152 atau hotline IPD JBS di talian 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 8:37 PM