GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Tiga guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang disahkan positif Covid-19 dan diarahkan menjalani perintah pengawasan di rumah (HSO).

Pengarah Kesihatan negeri Dr Othman Warijo berkata, berikutan itu, MRSM berkenaan dinasihati ditutup sementara selama tiga hari bermula esok bagi membolehkan ia disanitasi selain untuk tujuan siasatan lanjut.

"Dua daripada guru tinggal di taman perumahan di luar sekolah manakala seorang lagi tinggal di kuarters MRSM. Seramai 30 guru dikenal pasti sebagai kontak rapat dan mereka turut menjalani HSO.

"Bagaimanapun, pelajar tidak pulang ke rumah masing-masing dan akan tetap berada di asrama," katanya dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, kes positif membabitkan guru berkenaan dikesan antara 26 November lalu hingga hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman mengesahkan, setakat ini tiada pelajarpositif virus itu.

"Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang penularan Covid-19 di MRSM.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kontak rapat serta punca penularan.

"Guru yang disahkan positif itu sudah menerima vaksinasi lengkap dan keadaan mereka juga tidak teruk," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 7:11 PM