BAYI yang kini ditempatkan bersama ibu bapa pelindung. FOTO ihsan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat
BAYI yang kini ditempatkan bersama ibu bapa pelindung. FOTO ihsan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat meminta waris kepada bayi lelaki yang dipercayai ditinggalkan di Taman Fern Grove, Batu 9, Cheras, Oktober lalu, tampil.

Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat, Nur Shafizza Abu Bakar berkata, bayi lelaki berkenaan dijumpai dalam keadaan baik.

"Ketika ditemui, bayi itu masih bertali pusat dan dibaluti dengan kain serta berada dalam kereta sorong bayi.

"Bayi lelaki terbabit ditemui oleh orang awam di hadapan pusat jagaan kanak-kanak," katanya.

Nur Shafizza berkata, bayi terbabit kini ditempatkan bersama ibu bapa pelindung menerusi perintah mahkamah mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 25 November lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta untuk menghubungi Nur Shafizza di talian 03 8739 5070 untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 12:26 PM