GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM3.05 seliter kepada RM3.02 seliter, manakala RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter masing-masing.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini, harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga runcit produk petroleum terbabit adalah bagi tempoh 2 sehingga 8 Disember 2021.

MOF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 5:19 PM