HAMZAH menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Hari Imigresen 2021. FOTO Bernama
HAMZAH menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Hari Imigresen 2021. FOTO Bernama
Samadi Ahmad


Putrajaya: Kerajaan tidak perlutergesa-gesa untuk membawa pekerja asing masuk ke negara ini sebaliknya ia memerlukan persediaan rapi termasuk mengambil kira faktor keselamatan kesihatan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, setakat ini kerajaan juga masih belum mengumumkan kebenaran membawa masuk pekerja asing dan ia perlu memastikan pekerja terbabit bebas daripada sebarang jangkitan dan penularan Covid-19 serta sudah menerima vaksinasi lengkap.

Menurutnya, untuk menjaga keselamatan negara bukan hanya dari segi pasport, malah ia membabitkan keselamatan kesihatan rakyat di negara ini.

Katanya, pemilihan pekerja asing dari kawasan tertentu juga penting seperti tidak membabitkan zon merah dan ia mengambil masa serta penelitianyang agak lama.

"Setiap perkara yang ingin diadakan perlu ada kepastian terlebih dahulu dan saya akui kemasukan pekerja asing inibertujuanmembantu dari segi ekonomi. Namun, apa akan jadi sekiranya berlaku varian baharu dikesan di negara ini dan siapa perlu disalahkan nanti sekiranya berlaku," katanya pada sidang media selepas menghadir majlis Sambutan Hari Imigresen 2021 di sini, hari ini.

Hamzah berkata demikian bagi mengulas kenyataan dibuat Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa kenaikan harga barangan ketika ini disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu kekurangan tenaga kerja.

Koo Ham mengaitkan dua kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) sebagai punca utama berlakunya kenaikan harga barangan kerana dua kementerian itu tidak dapat mencapai keputusan dalam menangani isu kekurangan tenaga kerja.

Hamzah berkata, setakat ini 120,000 pekerja asing sudah mendaftar menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja khususnya bagi memenuhi keperluan sektor perladangan.

Menurutnya, pihaknya turut menerima pendaftaran 80,000 pekerja asing yang masih belum menetapkan sektor mana yang mereka ingin bekerja.

Katanya, Imigresen juga sudah menghantar lebih 200,000 pekerja asing pulang ke negara asal menerusi Program Rekalibrasi Pulang.

Dalam perkembangan lain Hamzah memaklumkan, pihaknya menafikan kenyataan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyatakan kelonggaran syarat Imigresen untuk memasuki Sabah terutama melalui kapal laut di Manumbok dan terminal feri Kota Kinabalu menyebabkan hilang kawalan ke atas hak Imigresen sehingga memudahkan warga asing termasuk penjenayah lari ke Sabah untuk elak tindakan undang-undang.

Katanya, kenyataan itu tidak betul dan kerjaan sentiasa mengetatkan keselamatan di kawasan berkenaandengan menempatkan kakitangan Imigresen.

"Kita juga sudah arahkan pegawai Imigresen untuk meneliti sekiranya terdapat lorong-lorong yang boleh digunakan pihak tidak bertanggungjawab tanpa melalui pihak Imigresen," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 3:37 PM