GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Peningkatan semua kategori kluster Covid-19, kecuali kluster import dan tempat kerja, ketika ini amat membimbangkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, peningkatan kluster itu menunjukkan peningkatan aktiviti sosial di semua peringkat tetapi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sudah mulai dipandang ringan.

Katanya, hal ini terbukti apabila data menunjukkan terdapat peningkatan tawaran kompaun bagi kesalahan gagal memakai pelitup muka sebanyak 8.9 peratus.

"Walaupun kesalahan gagal menjaga penjarakan fizikal mulai berkurang (penurunan 73.7 peratus), namun pemakaian pelitup muka dengan betul haruslah diberi penekanan.

"Ini adalah amat penting bagi memastikan perebakan melalui udara dapat dikurangkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi mengelakkan penularan jangkitan dalam kalangan orang disayangi, disiplin tinggi daripada setiap individu adalah sangat diperlukan, terutama bagi isi rumah yang mempunyai golongan berisiko tinggi seperti warga tua dan individu memiliki penyakit kronik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 November 2021 @ 7:47 PM