GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk mengemukakan laporan lengkap justifikasi cadangan untuk menaikkan harga roti. FOTO Arkib NSTP
GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk mengemukakan laporan lengkap justifikasi cadangan untuk menaikkan harga roti. FOTO Arkib NSTP
Baharom Bakar
am@hmetro.com.my

Kuala Berang: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar produk roti Gardenia diminta mengemukakan justifikasi berhubung cadangan untuk menaikkan harga makanan berkenaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, syarikat pengeluar roti itu diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk mengemukakan laporan lengkap justifikasi cadangan untuk menaikkan harga.

"Setakat ini, kita belum lagi menerima justifikasi cadangan syarikat itu untuk menaikkan harga yang dijangka berkuat kuasa 1 Disember depan," katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Sivik Ajil, di sini, hari ini.

Ketika mengulas mengenai kenaikan harga barang mentah dan sayur di pasaran, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, kenaikan harga bahan mentah berpunca daripada peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import dan kenaikan harga produk itu di pasaran.

"Punca lain disebabkan kilang baru memulakan operasi selepas ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19 dan masalah logistik.

"Harga barangan dan bahan mentah dijangka stabil selewat-lewatnya bulan depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 4:26 PM