BERNAMA

Kuching: Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang ke-12.

Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, pemilihan calon ditentukan parti komponen dan akan diumumkan kemudian.

"Terpulang kepada parti komponen untuk menentukan calon masing-masing. Kita akan bertanding di semua 82 kerusi DUN," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12.

SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 7:38 PM
Chong Chieng Jen, mengadakan sidang media di Ibu Pejabat DAP, di Ibu Pejabat DAP Jalan Abang Abdul Rahim, Kuching. FOTO NADIM BOKHARI
Chong Chieng Jen, mengadakan sidang media di Ibu Pejabat DAP, di Ibu Pejabat DAP Jalan Abang Abdul Rahim, Kuching. FOTO NADIM BOKHARI