Nur Izzati Mohamad


Butterworth: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108, semalam adalah penerima Anugerah Green Endorsement TUDM.

Beliau menerima anugerah inovasi itu di Subang Jaya, Selangor minggu lalu yang disampaikan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Portal rasmi TUDM memaklumkan, anugerah terbabit adalah pengiktirafan kepada beliau kerana berjaya merangka tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

GAMBAR fail pesawat tempur Hawk TUDM di Pangkalan Udara Butterworth di sini. FOTO Danial Saad
GAMBAR fail pesawat tempur Hawk TUDM di Pangkalan Udara Butterworth di sini. FOTO Danial Saad

Mohamad Affendi meninggal dunia selepas pesawat yang menjalani latihan penerbangan malam terhempas di Pangkalan Udara Butterworth pada jam 10.07 malam.

Seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Fareez Omar cedera dan dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 November 2021 @ 1:16 PM