Dua individu yang disyaki mencuri pakaian di kedai dobi di Melor, di sini, semalam. FOTO IHSAN POLIS
Dua individu yang disyaki mencuri pakaian di kedai dobi di Melor, di sini, semalam. FOTO IHSAN POLIS
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Polis sedang mengesan dua individu, termasuk seorang wanita, yang disyaki mencuri pakaian di sebuah kedai dobi di Melor di sini, semalam.

Kejadian yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp itu berlaku jam 4.46 petang.

Berdasarkan rakaman, seorang wanita didapati mengambil pakaian ditinggalkan pemiliknya.

Wanita terbabit meletakkannya dalam sebuah beg sebelum membawa lari pakaian berkenaan bersama seorang lelaki serta seorang kanak-kanak lelaki dengan menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pemilik kedai dobi.

"Kedua-dua individu itu melarikan diri selepas dipercayai mengambil pakaian daripada beberapa mesin pengering.

"Kami masih mengesan dua individu terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 November 2021 @ 5:44 PM