GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Rafiqah Dahali
am@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Sebanyak 13 daerah di Sabah mencatatkan peningkatan kes Covid-19, kata jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebanyak 12 daerah mencatatkan penurunan kes manakala dua daerah kekal mencatatkan jumlah kes Covid-19 sama seperti yang direkodkan sebelumnya.

"Sebanyak 23 daerah mencatatkan kes di bawah paras 40 kes dan empat daerah mencatatkan kes di atas paras 40 kes.

"Antara 13 daerah yang mencatatkan peningkatan jumlah kes Covid-19 adalah Kota Kinabalu (85); Tuaran (53); Putatan (28); Papar (32); Kuala Penyu (15); Sandakan (23); Keningau (25); Kinabatangan (12); Kudat (19); Kota Belud (37); Pitas (14); Beluran (10); Kunak (2).

"Sementara, 12 daerah yang mencatatkan penurunan adalah Tawau (5); Kota Marudu (40); Sipitang (3); Ranau (34); Beaufort (60); Telupid (2); Tongod (1); Tambunan (18); Tenom (21); Penampang (19); Lahad Datu (14) dan Nabawan (0).

"Dua daerah kekal mencatatkan jumlah kes seperti yang direkodkan semalam iaitu Kalabakan (1) dan Semporna (0)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, kes berpunca daripada saringan bergejala yang sinonim dengan kes sporadik adalah tinggi, iaitu 239 kes atau 41.7 peratus manakala kes daripada saringan kontak rapat pula mencatatkan 293 kes atau 51.13 peratus.

"Malah ada daerah yang mencatatkan jumlah kes dalam kategori saringan bergejala melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di daerah berkenaan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 November 2021 @ 10:23 PM