VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan Amerika Syarikat (AS) menerima vaksin digunakan di Malaysia dan pensijilan digital melalui aplikasi MySejahtera.

Khairy menerusi ciapan di Twitter rasminya turut menyertakan tanda pagar #reopeningsafely.

"Amerika Syarikat menerima vaksin digunakan di Malaysia dan pensijilan digital MySj (MySejahtera)," tulisnya.

Khairy mengulang kicau Twitter wanita dikenali sebagai Aysha Ridzuan yang mengesahkan bermula 8 November, pelancong mendapat vaksinasi lengkap boleh mengembara ke AS.

"Vaksin yang diluluskan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) diterima serta sijil digital vaksin di MySejahtera," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 November 2021 @ 3:53 PM