Ekhwan Haque Fazlul Haque


Masjid Tanah: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Lendu di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Lendu, jam 9.05 pagi.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Setakat ini, tiga calon tiba di Dewan Japerun Lendu untuk menyerahkan borang pencalonan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Lendu, Haidir Harun mengumumkan calon bertanding boleh menyerahkan borang pencalonan bermula jam 9 pagi.

DATULK Seri Sulaiman Md Ali tiba pada hari penaman calon PRN N.04 Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah. FOTO Asyraf Hamzah
DATULK Seri Sulaiman Md Ali tiba pada hari penaman calon PRN N.04 Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah. FOTO Asyraf Hamzah

Calon boleh menyerahkan borang pencalonan sehingga jam 10 pagi ini.

Terdahulu, calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Asri Ibrahim menjadi calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Lendu, pagi ini.

Seterusnya Mejar (B) Abdullah Mahadi dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili Perikatan Nasional (PN) tiba 20 minit kemudian.

Dun Lendu dijangka berdepan bersaingan tiga penjuru dengan penyandang Sulaiman akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Hari ini Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuka tirai dengan 28 kerusi Dun akan dipertandingkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 November 2021 @ 9:37 AM