GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,409,335 atau 95.7 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksinasi Covid-19 setakat malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW.

Dalam pada itu, sejumlah 97.8 peratus atau 22,891,080 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 114,573 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam membabitkan 42,306 suntikan dos lengkap dan 8,185 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,420,916.

Setakat semalam juga, sebanyak 2,197,961 atau 69.8 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 83.3 peratus atau 2,622,306 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 64,082 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 471,689.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 November 2021 @ 10:48 AM