PUSAT pemindahan sementara. FOTO arkib NSTP
PUSAT pemindahan sementara. FOTO arkib NSTP
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Keadaan banjir di Kedah semakin buruk apabila mangsa banjir meningkat kepada 754 mangsa daripada 205 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah, setakat 8 pagi hari ini.

Ia berbanding seramai 735 mangsa daripada 196 keluarga di 12 PPS di lima daerah yang dilaporkan, 12 tengah malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, satu lagi PPS dibuka di daerah Kubang Pasu iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau pada 11 malam tadi untuk menempatkan 26 mangsa daripada empat keluarga.

"Ini menjadikan tiga PPS aktif di Kubang Pasu dengan 141 mangsa daripada 36 keluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa banjir di daerah Pendang adalah seramai 292 orang, manakala Pokok Sena (34), Kota Setar (272) dan Baling (24).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 9:43 AM