Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 sehingga 16 November ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokalti itu adalah Kampung Orang Asli Satak, Mukim Batu Talam dekat Raub

"Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi Covid-19 di kawasan berkenaan, MKN memutuskan untuk mengenakan PKPD di lokaliti terbabit.

"SOP bagi kawasan PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tiada lanjutan atau penamatan PKPD di kawasan lain.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 November 2021 @ 6:52 PM