PETUGAS kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Seberang Perai Arena, Seberang Jaya di sini. FOTO DANIAL SAAD
PETUGAS kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Seberang Perai Arena, Seberang Jaya di sini. FOTO DANIAL SAAD
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,348,481 individu atau 95.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 97.7 peratus atau 22,866,371 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 75,874 dos vaksin harian diberikan semalam membabitkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,012,681 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 2,063,107 individu atau 65.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83 peratus atau 2,612,639 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September.

Dalam pada itu, sejumlah 20,370 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 291,409 dos.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 9:44 AM