GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
HM Digital


Kuala Lumpur: Bagi menyokong pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan, kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan EV.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan melihat potensi yang memiliki ciri-ciri 'energy efficient vehicle' sebagai usaha meminimum pencemaran asap kenderaan ke udara.

Beliau berkata, pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus diberikan kepada kenderaan berkenaan.

Menurutnya, di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 6:27 PM