KHAIRY Jamaluddin
KHAIRY Jamaluddin
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Pelancong asing yang berada di negara ini perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan Covid-19 di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia termasuk penetapan bahawa setiap individu di negara ini perlu memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

"Bila berada di Rom, ikut cara Roman, bila di Malaysia tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain.

"Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mendapatkan informasi daripada pihak KLCC," katanya menerusi satu ciapan di Twitter semalam.

Ciapan itu dimuat naik bagi memberi maklum balas terhadap video yang tular di media sosial mengenai tindakan seorang pelancong asing yang tidak mahu mengenakan pelitup muka ketika memasuki kedai berjenama di pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Tindakan itu turut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial dan mahu wanita itu dicari serta dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 1:31 PM