NELAYAN yang mengalami kecederaan di kaki kiri akibat terkena bilah kipas enjin dibantu anggota Maritim Maritim untuk dihantar ke hospital. FOTO ihsan APMM
NELAYAN yang mengalami kecederaan di kaki kiri akibat terkena bilah kipas enjin dibantu anggota Maritim Maritim untuk dihantar ke hospital. FOTO ihsan APMM
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Nelayan cedera di kaki kiri selepas terkena bilah kipas bot di kedudukan enam batu nautika dari muara Kuala Kedah, di sini semalam.

Susulan itu, kerja memberi bantuan kecemasan Medevac digerakkan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) menerusi bot Perkasa 1226.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mangsa adalah tekong bot nelayan Kelas C dikenali Saithongthae Sutham, 53, yang juga warga Thailand.

Katanya, pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh pemilik bot berkenaan yang menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah untuk bantuan.

"Mangsa cedera ketika mahu melepaskan tali yang terbelit pada kipas enjin bot, pada 12.45 tengah hari.

"Dia dibawa ke Jeti Kuala Kedah sebelum dihantar ke pusat perubatan untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang kecemasan di laut atau laporan boleh menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah 04-7310579.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 10:29 AM