Foto hiasan
Foto hiasan
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.87 seliter kepada RM2.97 seliter.

Bagaimanapun, harga RON95 kekal pada RM2.05 seliter dan diesel pula dengan RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini, harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga runcit produk petroleum terbabit adalah bagi tempoh 28 Oktober iaitu esok hingga 3 November ini.

MOF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 5:16 PM